The Heart ♥ wishing for,

A nice picnic (just us,escapism)
Another FCUK jeans
Old skool spec,re-do.
Shoes(currently in love with NIKE ballerina)
Forever21 collection(A feminine sense need to be inculcate)
Smartphone (wink*)
Vaio-s Reddy laptop
Digital camera (Ixus, will be nicee)
Simple Mp3.
Hair theraphy ;)

15 March 2010

Penat.

Aku penat dengan hidup ni. Serious doe. Aku tak main-main. Selama harini aku tunduk pada makian orang, aku cume tunduk, buat muka bersalah terus blah dengan air mata berlinang-linang. Sedangkan hati aku, Tuhan je tahu betapa berbuku-buku dengan timpalan-timpalan makian.Fuck!

Hanya sebab aku nampak baik, selalu senyum kat orang, semua anggap aku boleh pijak kepala aku. Ambik, rangkul jiwa aku yang diorang sangka polos lepastu buang, henyak entah mana-mana.Kau ingat aku teddy bear? Peluk bila kau nak, lempar waktu kau taknak?

Aku peka jugak sekeliling aku yang mengata. Senyap aku tak bermakna aku absorb mentah-mentah apa yang korang pekik. Bila mulut busuk menyalak dekat sangat dengan telinga aku, aku kena diam ke? Aku bukan wanita selembut sutera. Aku tak salahkan kau kalau anggapan kau salah. Cuma salah kau, kau berani menyalak dengan lantang. Itu yang buat aku merengsa.

Aku hodoh, aku miskin. Tak seganding dengan korang. Kalau tak suka, berambus. Jangan pura-pura ambik berat pasal aku lepastu tinggal aku terkontang-kanting macam pokok patah ranting.

Hanya sebab aku berjilbab, aku tak boleh tunjuk jari tengah aku kat kau?
Hanya sebab aku selalu terima apa adanya kau, aku tak boleh maki kau?

Selama harini aku berteater depan kau, biar orang kata aku aktres murahan atas pentas takde skrip ni. Biar orang senang dengan gelagat laku aku, tapi korang semua ada kisah? Aku tak mintak simpati jauh sekali nak korang hargai. Tapi kali ni, aku dah mampu nak bendung. Aku tak kisah lepasni korang nak putus sahabat ,nak menyalak kata aku pempuan jahat.

Bila mak kau bawak mulut pasal aku, aku diamkan. Aku hormat sebab yang bercakap tu mak kawan aku. Cerita kau dengan bohsia kau? Ada aku laung-laung kuat? Ada aku jaja dekat simpang empat? Takda kan? Aku tahu kain aku carik. Kau tak payah nak jahitkan. Sebab aku risau kau yang terbogel terpijak kain labuh kau.

Kau. Kurap panau kudis kau. Semua aku tahu. Aku pekam kat dada sampai jadi pekung. Kau?

Sudah. Aku tak kebulur kasih sayang kau.

*Aku dah takkan bersopan kat sini.

3 comments:

sophie said...

aiyoo..pehal ny dear?sape wat u?

didiey ;) said...

people .

butterflies Lovers a.k.a aZzA said...

hey dear~ suke ur words~ btw, ayat2 u sangat sinis, best!!! kalo org yg u marah sgt tuh baca, konfem berasap kepala~ ;)