(Credit to Uncle Google)
Antara Dua Darjat. Pernah tonton filem ini? Mengisahkan pasangan yang asyik bercinta ,namun status pasangan yang berdarah raja membataskan cinta mereka. Tragis bukan bila cinta tak direstui?
Sebenarnya cinta begini sememangnya berlaku dalam realiti kehidupan kita sehari-hari. Forbidden love umpama Romeo dan Juliet. Namun, seiring dengan zaman, fahaman tentang keturunan semakin diketepikan.
Sekeliling saya, masih lagi generasi yang lebih tua mahukan anak-anak mereka berkahwin dengan orang yang sekufu dengan mereka. Persoalannya, siapa kita untuk meletakkan faham sekufu itu ?
Contohnya, keturunan Syed-Syarifah mahu anak-anak mereka berkahwin dengan keturunan itu juga, Tengku-tengku mahu menantu dari golongan yang serupa. Alasan, menjaga nasab keturunan biar dikata berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Bagai pinang dibelah dua, blablabla.
Orang kaya harus berganding dengan orang kaya. Jangan dilayan pandangan si miskin dina. Puteri raja pasangannya putera raja bukan jaguh laga ayam di hulu desa.
Benar, Islam menggalakkan kita mencari pasangan yang setaraf yang sekufu. Tapi bukan dari segi kedudukan dan kekayaannya sahaja. Aspeknya menyeluruh. Tapi sekarang yang terbuntang depan mata, orang pandang duit sahaja. Tak timbul dah soal biar miskin harta janji kaya budi bahasa. Kita bukan bagi anak dara orang makan guna budi bahasa. (Lainlah kalau kita makan gaji guna budi bahasa atau kerja di Dewan Bahasa)
Firman Allah s.w.t. bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujarat: 13)
Sindrom depan mata. Terasa nak meluah ;)
Sekadar berbicara guna medium yang ada.

9 comments:
tengs konsi info
your welcome ;)
saja je menulis actually ;)
yeah!! stuju ngn cik dd..huhu
sosial circle yg berbeza...
aktiviti/lifestyle yg lain...
kaedah pembesaran, alam sekitar, pemikiran, n byk lg la...
love je xla ckup sgt kan?
a lil less cnversation : Setuju? Bagus!
crazy_labelle : sangat setuju!
saya..;(
didiey
lama gile tak p jengah jenguk blog dd
so how was ur life? great huh?
maseh di perlis ka?
=)
life was mcm byase. Yup. Perlis lagi ;)
Thankz sis ;)
Post a Comment